KARYA SASTERA

Paksi

(PenaHati)

Manusia berdiri di atas paksi prinsip

Yang boleh berputar 360 darjah

Dalam sekelip mata berpusing mengadap kuasa

Kemewahan adalah kompas arah

Perjuangan adalah gula-gula

Maruah boleh digadai

Semuanya boleh berputar di atas paksi percaturan

Jika bumi berputar pada paksinya

Putarannya kekal tidak berubah

Paksi bumi kemanusiaan bermaruah

Mengejek pejuang-pejuang celup

Yang kononya tegak berdiri

Setiap lima tahun

prinsipnya konon tegak segak berapi-api

seperti bumi pada paksinya

sebelum rebut kuasa melanggar

prinsip gula-gula rakyat

hancur menyembah kuasa

wang ringit jadi kiblat

paksi maruah berubah

kerana paksi adalah

29 Februari